top of page
  • Writer's pictureSHAH

Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Ke Pulau Perhentian

Pulau Perhentian merupakan salah satu destinasi pulau yang terkenal di Malaysia. Ada yang menggelarkan Pulau Perhentian ialah “Maldives of Malaysia” tapi masih ramai lagi yang belum pernah sampai di sini lagi.

Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Ke Pulau Perhentian
Kejernihan Air Di Pulau Perhentian

Bagi yang pertama kali untuk ke Pulau Perhentian, kami akan kongsikan beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum pergi ke Pulau Perhentian.


1. Marine Fee

Pulau perhentian merupakan salah satu Taman Laut yang telah diwartakan oleh Kerajaan telah mengenakan bayaran untuk pemuliharaan Taman Laut. Jadi sebelum anda masuk ke Pulau Perhentian pastikan anda sudah membuat bayaran di jeti sebelum menaiki bot ke Pulau Perhentian.


Harga yang dikenakan ialah RM 5.00 untuk warga negara Malaysia dan RM 30.00 untuk bukan warganegara Malaysia.Kebiasaannya pakej pulau yang dijual tidak termasuk sekali dengan caj bayaran “Marine Fee”.


2. Perhentian Besar dan Perhentian Kecil

Pulau Perhentian terbahagi kepada dua pulau, Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Penginapan di Pulau Perhentian Besar lebih kepada resort dari harga sederhana ke tinggi. Di sini lebih menjadi pilihan untuk penginapan keluarga kerana suasana tenang.

Peta Pulau Perhentian
Peta Pulau Perhentian

Pulau Perhentian Kecil pula menjadi tumpuan orang muda kerana banyak chalet dan resort yang agak murah dan jenis “backpackers”. Ada sesetengah chalet hanya menyediakan penginapan bilik kipas.Antara resort yang best dan selesa untuk semua ialah Shari La Resort, Cocohut Long Beach, Bubu Long Beach Resort dan Mimpi. Selain dari itu, suasana malam


di sini lebih meriah terutamanya di “Long Beach”.


3. Musim atau Season Di Pulau Perhentian

Seperti yang semua tahu harga Pakej Pulau Perhentian berbeza mengikut tarikh kita pergi. Pulau Perhentian akan di buka bermula bulan Februari sampai bulan Oktober dan tidak dibuka kepada orang ramai dari bulan November sampai Januari.


Musim di sini dikategorikan kepada 3 Low Season, High Season, Super High Season dan ada sesetengah chalet atau resort terbahagi kepada 4 kategori. Rancang jadual bercuti anda sebelum datang ke sini kerana Availability bilik dan harga berbeza mengikut tarikh dan season.

Seasonal Chart Sharila Resort Perhentian Kecil
Seasonal Chart Sharila Resort Perhentian Kecil

4. Snorkeling

Snorkeling merupakan aktiviti wajib bila bercuti di Pulau Perhentian. Pulau Perhentian juga diwartakan sebagai Taman Laut yang cantik dari segi kehidupan marin dan air yang sangat jernih. Antara snorkeling point yang terkenal di sini untuk aktiviti snorkeling ialah Turtle Beach, Shark Point, Turtle Point, Fish Point, Coral Garden dan pelbagai lagi.


5. Long Beach Perhentian Kecil

Long Beach Pulau Perhentian Kecil merupakan tempat atau kawasan yang paling meriah dan "happening" di sini. Tidak hairan golongan orang muda lebih suka menginap Perhentian Kecil.


Bila anda ke Pulau Perhentian jangan lepaskan peluang untuk menonton Fire Show di sini. Selepas anda menikmati hidangan makan malam di restoran ataupun selepas Dinner BBQ , boleh lepak di Long Beach.


6. Perkampungan Nelayan di Pulau Perhentian Kecil

Seperti yang sedia tahu makanan di pulau agak mahal sedikit berbanding harga makanan di luar sana terutamanya makan di Resort-Resort. Untuk mencari makanan yang lebih murah sedikit boleh berkunjung ke Perkampungan Nelayan, di sini segala kemudahan lengkap seperti masjid, kedai runcit, balai polis dan juga sekolah.


7. Scuba Diving Dan Kayak

Di sini juga terkenal dengan Diving Spot untuk penggemar diving. Selain dari aktiviti snorkeling dan mandi pantai, boleh sewa kayak dan berkayak di kawasan pantai dan enjoy keindahan pantai yang sangat-sangat jernih.

Jangan lupa untuk bawa bekal air dan topi ketika berkayak. panas nanti


8. Menyaksikan hidupan laut seperti Penyu dan Jerung

Bukan selalu dapat tengok Penyu dan Jerung depan mata. Di sini kemungkinan untuk jumpa Penyu atau Jerung semasa snorkeling tinggi. Sediakan GoPro bila ke sini sebab boleh bergambar dengan hidupan laut.

AWAS !!! Jangan pegang penyu. Anda boleh dikenakan tindakan undang – undang jika memegang penyu.


Pakej Percutian Pulau Perhentian 2020


Pakej Percutian Special Kerana Kami Menyediakan Servis Underwater Photography. Tak perlu bawak atau beli GoPro untuk amik gambar dalam air.


Untuk Tempahan sila berhubung dengan kami ditalian 017 687 2461 atau WhatsApp (Tekan butang Whatsapp di sebelah kiri)

1,114 views0 comments

Comentarios


bottom of page